MENU

Deerland adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini.

Deerland

LOKASI : LANCANG .
DARI TEMERLOH : 50.5 KM
KELUASAN: 10 ekar

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 6.00 petang (Setiap hari kecuali Jumaat)

Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'

Deerland's Animal WorldDeerland's Animal World

Diantara binatang-binatang yang terdapat di 'ANIMAL WORLD' Deerland adalah Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, Itik Kayu dari Kanada dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh melihat burung-burung liar dari pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di kawasan ini. Ia amat sesuai untuk peminat-peminat yang meminati haiwan ini.

Deerland's Animal World