MENU

Polisi Objektif Kualiti Jabatan Landskap

"Kami dengan sepenuh hati beriltizam akan memberikan perkhidmatan yang cekap,cepat dan berkualiti." Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut :

  • Mewujudkan bandar dalam taman melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk.
  • Meningkatkan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat. Memandu dan mengawal pembangunan landskap melalui perlaksanaan dasar,peraturan dan perundangan.
  • Memelihara keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar melalui kreativiti yang berkualiti.
  • Untuk menyimpankan maklumat terkini berkaitan program penghijauan di dalam projek pembangunan.
  • Untuk menggalakkan kerjasama erat antara mereka yang terlibat dalam industri landskap.

 

Piagam Pelanggan Jabatan Landskap
  • Berusaha menjadikan Bandar Temerloh hijau dan menarik melalui Program dan Aktiviti Penanaman Pokok-pokok dengan teratur dan sistematik
  • Memastikan setiap kawasan perumahan baru ditanam dengan pokok-pokok teduhan ataupun renek mengikut garis panduan Majlis Perbandaran Temerloh
  • Memeriksa dan mengambil tindakan setiap aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari.
  • Memastikan tahap penyelenggaraan tanaman sentiasa dalam keadaan baik dan memuaskan.
  • Memastikan ulasan permohonan kelulusan pelan landskap yang lengkap dikemukakan ke Bahagian Pembangunan dalam tempoh 2 minggu.
  • Menyediakan perkhidmatan sewaan dan hiasan pokok yang berkualiti.