MENU

1) Pengenalan Majlis Perbandaran Temerloh

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih di kenali sebagai kerajaan tempatan adalah kerajaan peringkat ketiga dimana kerajaan peringkat pertama adalah Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Negeri pula merupakan kerajaan peringkat kedua di dalam sistem pentadbiran negara.

PBT adalah satu badan kerajaan yang bersifat autonomi dimana terdapatnya kebebasan di dalam membuat keputusan. Contohnya PBT mengutip hasil kewangan sendiri dan membelanjakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Di Malaysia terdapat 3 bentuk PBT iaitu :

Majlis Daerah

Majlis Perbandaran

Majlis Bandaraya

PBT mengamalkan konsep perwakilan iaitu dimana wakil dari penduduk setempat duduk di dalam PBT sebagai Ahli Majlis dan membantu membuat dasar melalui kaedah yang telah di tetapkan.

2) Latar Belakang Majlis Perbandaran Temerloh

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. Waktu itu MDT adalah hasil gabungan 4 majlis tempatan yang wujud di Temerloh iaitu :

Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab

Majlis Tempatan Kuala Krau

Majlis Tempatan Kerdau

Majlis Tempatan Lanchang

Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT.

Pada ketika pentadbiran MDT, Yang Dipertua adalah disandang oleh Pegawai Daerah Temerloh. Setelah melalui perubahan dan kemajuan, MDT telah memohon kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh. Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti hasil melebihi RM 10 juta dan penduduk melebihi 100,000. Maka dengan itu pada 27 Mac 1996 telah meluluskan permohonan naiktaraf kepada MPT dan pada 15 Januari 1997 telah secara rasmi bergelar Majlis Perbandaran Temerloh.

3) Kawasan Pentadbiran

Kawasan MPT dibahagikan kepada 2 iaitu Kawalan Operasi dan Kawasan Kawalan. Kawasan Operasi dikenakan cukai taksiran dan memberikan perkhidmatan.

Kawasan Kawalan adalah tidak dikenakan cukai taksiran dan tidak memberi perkhidmatan tetapi mengenakan kawalan terhadap cadangan aktiviti pembangunan.

Luas Daerah Temerloh - 2,251km persegi

Luas Kawasan Kawalan - 1,442 km persegi

Luas Kawasan Operasi - 156 km persegi

(Kedudukan Temerloh Didalam Peta Negeri Pahang)

Kawasan kawalan yang telah diwartakan kepada MPT mengikut Pelan Warta PW 3223 adalah 1,442 km persegi.