MENU

 

Sehubungan dengan taraf Majlis Perbandaran, logo Majlis diubah kepada logo baru yang berasaskan konsep berikut :

 

  • Lima bilah garis abstrak membentuk "T" bermaksud Temerloh
  • Lima bilah garis abstrak membawa maksud Majlis Perbandaran Temerloh berfungsi berdasarkan Lima Prinsip Rukun Negara
  • Tiga bilah garis abstrak berwarna biru bermaksud Pembangunan Perbandaran dilaksanakan atas prinsip Kecekapan, Keberkesanan dan Integriti
  • Dua bilah garis abstrak berwarna kuning bermaksud Temerloh sebagai daerah di dalam negeri Pahang yang penduduknya menjunjung sepenuh  prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja
  • Tulisan jawi berwarna merah melambangkan Kemahuan, Usaha dan Pengorbanan
  • Tulisan Majlis Perbandaran berwarna hijau membawa maksud kawasan perbandaran yang alam sekitarnya terpelihara dan pembangunannya lestari
  • Tulisan "TEMERLOH" berwarna biru melambangkan perpaduan penduduk perbandaran yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera
  • Keseluruhan logo yang membawa imej korporat melambangkan Majlis Perbandaran Temerloh yang sentiasa dinamik, progresif dan sentiasa bersedia membawa pembaharuan, pembangunan dan kejayaan pada setiap masa