MENU

Soalan Lazim

   
   
   
   

 

Q : Apakah itu Cukai Taksiran Am?
A : Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti Bangunan Kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang), Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang), Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan) yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh.

Q : Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran Perlu Dijelaskan?
A : Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu pada 1/2 tahun pertama hingga 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun dan pada 1/2 tahun kedua hingga 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun.

Q : Apakah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Pihak MPT Sekiranya Bayaran Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan?
A : Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan seperti Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Q : Jika Masih Gagal ?
A : Waran Tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MPT yang diberi kuasa merampas (mensita) harta alih yang ada didalam bangunan, menutup bangunan daripada menjalankan operasinya (Seksyen 148), melelong bangunan/tanah melalui pendaftar Mahkamah Tinggi (Seksyen 151), bayaran waran tahanan akan dikenakan.

Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPT bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut, Kelulusan Pelan Susunatur, Kelulusan Pelan Bangunan, Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan, Menuntut tunggakan melalui peguam, MPT juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.

Q : Bilakah Bil atau Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
A : Bil Cukai Taksiran Am diserahkan atau diposkan pada Januari pada pertengahan tahun pertama, Julai pada pertengahan tahun kedua. Notis (Borang E) diserahkan atau diposkan pada Mac pada pertengahan tahun pertama, September pada pertengahan tahun kedua.

Q : Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil atau Notis ?
A : Anda dikehendaki datang sendiri ke Kaunter Berpusat MPT atau kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Temerloh dengan membawa:

  • Bil atau Notis lama atau
  • No. Akaun (jika ada) atau
  • No. lot atau rumah dan kedudukan harta