- Bil Cukai Taksiran Am akan dikeluarkan tidak lewat dari minggu kedua bulan Januari dan minggu kedua bulan Julai setiap tahun.
- Setiap permohonan lesen yang lengkap akan diproses dan diberi kelulusan dalam tempoh satu bulan.
- Semua aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 72 jam.
- Semua urusan permohonan penswastaan akan diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
- Semua premis makanan akan diperiksa dua kali setahun untuk memastikan tahap kebersihannya.
- Berusaha menjadikan Bandar Temerloh hijau dan menarik melalui program dan aktiviti penanaman pokok-pokok dengan teratur tidak kurang 5000 batang pokok setahun.
- Semua permohonan Pelan Bangunan yang lengkap akan diluluskan dalam masa sembilan minggu.
- Semua permohonan Sijil Kelayakan Menduduki yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari.
- Segala urusan di kaunter akan dilayan dalam masa tiga minit.
- Memastikan kutipan sampah, sisa pepejal dibuat seperti berikut:
- Kutipan sampah dari premis kediaman, taman perumahan dibuat dengan kekerapan 3 kali kutipan setiap minggu.
- Kutipan sampah dari premis perniagaan dibuat setiap hari.
- Pembersihan tapak penjaja Pasar Malam, Pekan Sehari dibuat selepas selesai aktiviti perniagaan pada hari yang sama.
- Permohonan Pelan Susunatur yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya dengan dokumen yang lengkap.
- Semua permohonan kemudahan Majlis akan dimaklumkan kelulusan dalam masa seminggu.