MENU

A

 

 

Adalah menjadi hasrat MPT untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang tinggal di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh. Sehubungan dengan itu, usaha - usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan akan dilakukan pada setiap masa dan ketika oleh segenap warga MPT. MPT juga mengalu-alukan cadangan, idea, pendapat dan aduan daripada orang ramai bagi membolehkan usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dapat direalisasikan.

Dengan adanya persijilan MS ISO 9001:2015, Amalan 5S, Piagam Pelanggan, Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pelan Strategik MPT, Pelan Strategik Teknologi Maklumat, Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 dan berbagai alat sokongan pengurusan, dijangkakan akan terus membantu MPT memberikan perkhidmatan yang bermutu dan berkesan.

MPT kini juga sedang mengorak langkah untuk memasyarakatkan institusi Pihak Berkuasa Tempatan. Pelbagai program telah, sedang dan akan terus dilaksanakan bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti MPT baik yang berbentuk formal mahupun informal. Aktiviti keagamaan, kesenian, sukan dan seumpamanya akan diperbanyakkan dan penyertaan dari masyarakat tempatan amatlah digalakkan.

Sesungguhnya MPT akan terus komited dalam menyediakan segala bentuk kemudahan berbentuk fizikal, penyelenggaraan dan penyediaan aktiviti bagi memastikan penduduk setempat beroleh faedah yang besar daripadanya.

Terima kasih kepada semua yang melayari laman web MPT.

Sekian, terima kasih.

AMAZING TEMERLOH
TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG (TTTS)

TUAN SURIS BIN MIHAT, SMP.,AMP.

YANG DIPERTUA,

MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH