MENU
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECERIAAN DAN PENCAHAYAAN PREMIS MAKANAN
 
27 September 2023 (Rabu) – Pada pagi ini telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Keceriaan & Pencahayaan Premis Makanan di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh Tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT.
 
Sebanyak 30 buah premis telah dinilai dari segi kecerian dan pencahayaan dengan pemasangan lampu pelbagai warna dan bentuk supaya ianya dapat dilihat lebih ceria dan menarik. Sebanyak 10 premis telah dipilih sebagai pemenang.
 
1. Warung Acu
2. Riverside House
3. Tosuto Bakery
4. Patin Gulai Masam
5. Selera Timur Tomyam
6. Restoran Along Patin
7. Tawan Tomyam
8. Malbat Tomyam
9. Serasi Tomyam
10. Tani Tomyam
 
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Premis yang berjaya telah menerima wang tunai dan juga sijil penghargaan disamping insentif dari Majlis Perbandaran Temerloh
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA