MENU

Lokasi : 49.9km dari Temerloh, Lanchang

Kawasan ini dibangunkan khas untuk orang ramai mengadakan latihan, seminar dan kursus. Juga sesuai untuk mengadakan hari keluarga di sini. Ianya tidak terbuka kepada pelancongan-pelancong luar.

Bukit Rengit

Kemudahan penginapan disediakan bagi program-program yang diadakan di sini. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah bilik kuliah, bilik mesyuarat dan juga pemandu pelancong.

Bukit Rengit

Di samping itu juga para peserta program boleh menikmati keindahan Air Terjun Bukit Rengit yang masih terpelihara keindahan alam semulajadinya. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan adalah jungle tracking, menghayati kepentingan hutan, merintis sungai, pandu arah menggunakan kompas, jejak si buta, dan lain-lain lagi.

Air Terjun Bukit Rengit

Keindahan air terjun yang terdapat di Bukit Rengit.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 6 Ogos 2018 - 4:25pm