DASAR PERBANDARAN KEDUA (DPN2)
Dasar Perbandaran Negara (DPN) merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan pembangunan serta pentadbiran perbandaran,agar menjadi lebih efisien dan sistematik dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi serta fizikal. Dasar ini telah bermula pada tahun 2006 dan DPN2 disediakan pada tahun 2016, yang mana tempoh perancangannya adalah hingga tahun 2025. DPN2 menyentuh cabaran-cabaran baharu yang memerlukan satu perancangan dan pengurusan bandar agar lebih sistematik, isu rebakan bandar (urban sprawl) dan penetapan sempadan bandar.