MENU

KENYATAAN MEDIA
YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERANA WABAK COVID-19

Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh,
Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands menentukan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini:

I. semua premis yang dibenarkan beroperasi di Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh,
Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi termasuk khidmat pandu lalu (drive-through);

II. semua kedai serbaneka di stesyen-stesyen minyak di Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh,Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands ditutup dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Hanya perkhidmatan isian minyak sahaja dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada;

III. semua kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 Eleven Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh,Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi;

2. Arahan ini berkuatkuasa mulai 21 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau
sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

3. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas
bagi memastikan arahan ini dipatuhi. Arahan ini akan diperluaskan berdasarkan perkembangan semasa.

Sekian, terima kasih.

YB. DATO’ SRI DR. SALLEHUDDIN BIN ISHAK
Setiausaha Kerajaan Pahang
20 Mac 2020

 

 

 

AMARAN COVID-19

Bagi mengekang penularan COVID-19, Majlis Perbandaran Temerloh telah menutup sepenuhnya Taman Awam dibawah selenggaraan Majlis Perbandaran Temerloh kepada pengunjung awam mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 26 March 2020 - 9:45pm