MENU
TRASH TO CASH (Tukar Barangan Terpakai Dengan Duit)
 
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Anda mempunyai barang yang boleh dikitar semula?
Tidak tahu bagaimana untuk menguruskan barang yang boleh dikitar semula?
Adakah anda ingin membuang begitu sahaja barang kitar semula?
Jom! Sertai kami dalam Trash To Cash (Tukarkan Barangan Terpakai Dengan Duit).
 
Apa sahaja barang kitar kecuali botol kaca, semua boleh jana pendapatan anda. Kami menerima semua kategori barangan kitar semula iaitu :-
1) Plastik
2) Kertas
3) E-Waste
4) Minyak Masak Terpakai
5) Besi
6) Aluminium
 
Kami dari Majlis Perbandaran Temerloh Bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Temerloh dan Alam Flora Temerloh akan melaksanakan Trash To Cash (Tukar Barangan Terpakai Dengan Duit) di tempat anda. Semua barangan yang dihantar kepada kami akan dibayar secara terus kepada anda.
 
Sertai kami :-
Tarikh : 11 November 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan Padang Permainan Taman Bukit Bendera, Mentakab
 
Ayuh! Jadikan amalan kitar semula sebagai budaya dalam hidup anda dan sumber pendapatan tambahan anda.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA