MENU
SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN STRATA TAHUN 2022
"PENGENALAN AKTA PENGURUSAN STRATA 2013-AKTA 757"
 
26 September 2022 (Isnin) – Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Seminar Pengurusan Bangunan Strata Tahun 2022 pada 24 September 2022 (Sabtu) bertempat di Rumah Kelab, Taman Puncak Lestari, Mentakab.
 
Majlis Perbandaran Temerloh telah menjemput penceramah undangan iaitu Encik Sr. Shahril Bin Omar, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Kajang. Manakala, perasmian penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Puan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Seramai 75 orang peserta yang terdiri dari wakil komuniti strata, pemaju, pengurus harta, agensi awam dan swasta telah hadir ke seminar ini.
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.