MENU
SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN
 
03 November 2023 (Jumaat) - Semalam, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti telah menganjurkan program seminar peringkat jabatan dalaman MPT bertajuk 'KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN' siri satu bertempat di Bilik Latihan Kemuning, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Program ini diakui sangat penting kepada semua kakitangan MPT kerana ia bukan sahaja mengajar cara penggunaan alat-alat keselamatan malah ianya juga mengajar cara-cara pencegahan kebakaran.
 
Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan para pekerja tidak kira di tempat kerja dan di rumah. Ia sangat memberi pengetahuan yang lebih mendalam ketika menghadapi situasi kejadian kebakaran dan membantu mengurangkan risiko kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa ketika berlakunya kebakaran.
 
Antara pengisian menarik telah disampaikan antaranya:-
1. Pengenalan kebakaran
2. Cara-cara pencegahan
3. Statistik kejadian kebakaran
4. Bagaimana cara menyelamatkan diri dari asap
5. Cara mengosongan bangunan tinggi
6. Tip keselamatan di pejabat dan rumah
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA