MENU
SELAMAT BERSARA
 
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
 
Selamat Bersara Wajib En. Mohd Asmadi bin Rosdi, Pembantu Tadbir N26 di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti dan Selamat Bersara Pilihan Puan Rosidah binti Mohd Yunus, Pembantu Tadbir N22 di Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Seluruh Wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas di Majlis Perbandaran Temerloh. Kami mendoakan semoga En. Mohd Asmadi bin Rosdi dan Puan Rosidah binti Mohd Yunus sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas bersara. Selamat bersara dan selamat maju jaya. Jasamu dikenang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA