MENU
PROGRAM TAMAN INSPIRASI DAN PELANCARAN WASTE TO ART PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
 
Pada 12 Disember 2021 (Ahad) telah diadakan Program Taman Inspirasi dan Pelancaran Waste To Art Peringkat Daerah Temerloh yang bertempat di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh.
Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Nor Azmi Bin Mat Ludin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Pahang merangkap ADUN Kuala Semantan.
YB. Dato' Haji Nor Azmi Bin Mat Ludin juga telah melawat Tandas Awam Dataran Tok Gajah, Temerloh yang telah memasuki Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan 2021/2022 Kategori Tandas Kawasan Pelancongan.