MENU
PROGRAM PLOGGING BERSAMA ALLIANCE INSURANCE DI ESPLANADE TEMERLOH
 
16 Oktober 2023 (Isnin) – Pada 14 Oktober 2023, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh telah melaksanakan Program Plogging bersama Alliance Insurance. Program tersebut telah berlangsung di Taman Esplanade, Temerloh yang dihadiri seramai 50 peserta iaitu dari kakitangan MPT, kakitangan Alliance Insurance dan kakitangan Alam Flora.
 
Program aktiviti “plogging” antara pihak PBT dan Alliance Insurance ini diharap dapat membuka mata lebih banyak pihak untuk menganjurkan yang sedemikian pada masa akan datang dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab untuk bersama-sama membantu melestarikan alam sekitar.
 
Kerjasama orang ramai yang mengunjungi Taman Esplanade, Temerloh amatlah dialu-alukan untuk menyemai sifat kasih dan membudayakan budaya membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Alliance Insurance yang prihatin terhadap kelestarian alam sekitar terutama di kawasan Taman Esplanade, Temerloh ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA