MENU
PROGRAM KHAIRUL UMMAH KHAS ANJURAN MAJLIS UGAMA ISLAM & ADAT RESAM MELAYU PAHANG
 
09 Februari 2024 (Jumaat) – Pada 8 Februari 2024, telah diadakan Program Khairul Ummah Khas yang dibawakan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang sempena Semarak Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang 2024 dengan perkongsian IBRAH ISRAK MIKRAJ dengan tajuk "Harta Yang Membahagiakan" yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al - Musta'in Billah, Temerloh Pahang.
 
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Sebelum itu telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Zakat & Wakaf Negeri Pahang Tahun 2024 yang telah dirasmikan oleh YH Dato' Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA