MENU
PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) 2023
“ TRANSFORMASI KECERIAAN ZON TAMAN BAHAGIA TEMERLOH”
 
20 Mei 2023 (Sabtu) – Pagi tadi telah diadakan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) 2023 “ Transformasi Keceriaan Zon Taman Bahagia Temerloh” bertempat di Dewan Taman Bahagia, Temerloh.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir di dalam program ini Ahli-Ahli Majlis , Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian serta kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Di dalam program ini telah diadakan beberapa acara antaranya ceramah Perkongsian Ilmiah Jenayah Siber oleh Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pameran oleh Pejabat Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat kesihatan Daerah Temerloh serta program mewarna untuk kanak-kanak/pelajar sekolah. Turut diadakan aktiviti gotong-royong dengan membersihkan kawasan Zon Taman Bahagia, Temerloh, penanaman pokok peneduh serta mengecat alatan permainan kanak-kanak.
 
'
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.