MENU
PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA WORLD CLEANUP DAY (WCD) 2023 PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
 
22 September 2023 (Jumaat) – Semalam Majlis Perbandaran Temerloh telah melaksanakan Program Gotong Royong Sempena World Cleanup Day (WCD) 2023 Peringkat Daerah Temerloh di bawah penganjuran SWCorp Cawangan Temerloh bertempat di Taman Tanjung Kerayong, Mentakab.
 
Kehadiran seramai 260 peserta melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh, YB DUN Mentakab, Warga Kerja Pusat Khidmat Adun Mentakab, SWCorp, Alam Flora Sdn. Bhd, penduduk Taman Tanjung Kerayung, Persatuan Komuniti Kampung Baru Mentakab, penduduk Kampung Tanjung Kerayong dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
 
Hasil audit sisa sampah dilakukan mengikut pelbagai kategori iaitu secara keseluruhan sisa telah berjaya dikutip sebanyak 373.5kg.
Objektif utama WCD adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran yang merupakan tanggungjawab bersama.
 
Komponen utama dalam WCD adalah 'aktiviti pembersihan kawasan' seperti kawasan awam, kawasan rekreasi, taman perumahan, institusi pendidikan atau mana-mana lokasi yang bersesuaian dan 'audit sisa' iaitu pengasingan sisa yang dikutip mengikut kategori bagi mengenal pasti trend dan jenis sisa paling banyak di buang.
 
Semoga dengan adanya program WCD ini akan mendidik masyarakat supaya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menguruskan sisa pepejal ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA