MENU
PROGRAM GOTONG ROYONG MENCEGAH DENGGI DAN PEMBERSIHAN LONGKANG AWAM DI TAMAN PERUMAHAN BUNGA RAYA TEMERLOH.
 
21 Oktober 2023(Sabtu) - Hari ini Majlis Perbandaran Temerloh bersama KRT Taman Bahagia, Temerloh telah melaksanakan satu program gotong royong di sekitar Taman Perumahan Bunga Raya. Gotong Royong tersebut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti, Jabatan Lanskap, Alam Flora Sdn. Bhd dan penduduk setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti pembersihan kawasan, pencucian longkang, pembuangan barang dan bekas lama yg berpotensi menjadi tempat pembiakan jenti-jentik nyamuk.
 
Objektif utama gotong royong ini untuk mencegah wabak denggi dan melancarkan pengaliran air longkang terutama di aliran longkang akhir(outlet). Dalam pada masa yang sama MPT mengingatkan kepada semua orang awam agar sering kali melakukan pemeriksaan kendiri di persekitaran kawasan kediaman masing-masing bagi memastikan tiada tempat yang menjadi punca kepada pembiakan jentik-jentik nyamuk.
 
Musim tengkujuh hampir tiba, MPT juga turut mengingatkan kepada penduduk taman perumahan tersebut agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran terutama sampah-sampah rumah tidak dibuang ke longkang. Pembuangan sampah yang betul dapat mencegah daripada longkang tersumbat dan dapat mengelakkan dari berlakunya banjir kilat.
 
KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
 
4
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA