MENU
PROGRAM ANAK MUDA PAHANG SAYANG BUMI DAN SIFAR SISA
 
14 November 2023 (Selasa) - Pada 11 November 2023 telah diadakan satu program yang julung kali diadakan melibatkan pelbagai agensi iaitu Majlis Perbandaran Temerloh, Kolej Yayasan Pahang, SWCorp, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Alam Flora dan Komuniti Taman Perumahan.
 
Program anjuran bersama MPT, KYP dan SWCorp di Taman Perumahan Bukit Bendera Mentakab telah dirasmikan oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Haji Suris bin Mihat. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Majlis MPT, Tuan Setiausaha MPT, Pengarah-Pengarah jabatan dalaman MPT, Pengerusi KRT dan komuniti setempat termasuk wakil-wakil jabatan lain. Kehadiran seramai 300 orang yang sangat meriah dan memberi makna kepada penduduk setempat.
 
Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan antaranya :
1. Pembersihan kawasan
2. Plogging
3. Trash To Cash
4. Tanam pokok
5. Tukar tong lama kepada baru
6. Pangkasan pokok
7. Pemberian percuma anak pokok belimbing buluh
8. Cabutan bertuah
 
Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan kebersihan kawasan, denai sungai bagi komuniti setempat dalam menjaga dan melestarikan ekosistem alam sekitar.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA