MENU
PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KELUARGA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
16 Oktober 2023 (Isnin) – Anulae cawangan MPT bersama Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (KOSITE) telah mengadakan Pertandingan Memancing Tertutup Keluarga Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Taman Tasik Bandar,Temerloh.
 
Pengerusi Anulae merangkap pengerusi KOSITE, En. Mohd Khairi Mohd Yusof memaklumkan pertandingan yang julung-julung kali diadakan oleh Anulae cawangan MPT bersama Koperasi Kakitangan MPT Berhad (KOSITE) ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh kakitangan dan keluarga Majlis Perbandaran Temerloh. Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Encik Zaharudin Ariffin muncul johan pertandingan itu semalam selepas berjaya memperolehi ikan patin seberat 6.20 kilogram (kg) menerima hadiah wang tunai RM300.00 manakala naib johan dimenangi oleh En. Ahmad Sabri Hussain dengan ikan patin seberat 4.55 kg menerima hadiah wang tunai RM200.00 dan Mohd Zulli Kadir di tempat ketiga dengan ikan rohu seberat 1.05 kg menerima hadiah wang tunai RM150.00 serta hadiah saguhati dan cabutan bertuah disediakan oleh pihak penganjur. Disamping itu diadakan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tahap 1 dan tahap 2 serta pertunjukan silap mata dari badut.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA