MENU
PERJUMPAAN BERSAMA PENGUSAHA-PENGUSAHA HOTEL DI DAERAH TEMERLOH
 
19 Januari 2022 (Rabu) – Satu perjumpaan bersama Pengusaha-pengusaha Hotel di Daerah Temerloh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh pada jam 11.00 pagi.
 
Perjumpaan ini diadakan bagi tujuan untuk menerangkan berkaitan dengan ENAKMEN HOTEL (PAHANG) 2020 dan PERATURAN-PERATURAN HOTEL (PAHANG) 2021 yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Danial bin Jamaludin, Ketua Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Seramai 26 pengusaha hotel telah hadir ke sesi perjumpaan ini. Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha hotel yang hadir di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang sesi perjumpaan ini diadakan.
Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 Mei 2022 - 8:28am