MENU
PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) TAHUN 2024
 
21 Jun 2024 (Jumaat) – Sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 bagi Majlis Perbandaran Temerloh telah berlangsung pada 13 Jun 2024.
 
Penilaian Inspektorat SPB-PBT ini telah dilaksanakn oleh 6 orang panel penilai yang diketuai oleh Puan Nor Suzana binti Ab Hamid, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
 
Pelaksanaan SPB-PBT ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta mengemaskini pencapaian setiap PBT agar sentiasa mengekalkan kecekapan serta keberkesanan organisasi.
 
Alhamdulillah, sesi penilaian tersebut telah berjalan dengan lancar dan Tahniah MPT atas kejayaan mengekalkan prestasi 5 bintang (keputusan tidak rasmi) pada penilaian kali ini. Semoga MPT terus beroleh kejayaan pada masa akan datang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA