MENU
PELAKSANAAN KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH PBT TAHUN 2024 ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
 
26 Julai 2024(Jumaat) - Pada 22 Julai 2024 bertempat di Taman Esplanade 1 telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen Premis Makanan Bersih PBT Tahun 2024 anjuran Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh. Di dalam ucapannya beliau banyak memberi penekanan tentang pentingnya penjagaan tahap kebersihan premis makanan. Setiap pengendali makanan mesti mengutamakan kebersihan diri samaada semasa penyediaan dan penyajian makanan kepada pelanggan.
 
Majlis yang dihadiri seramai 200 orang termasuk Ahli Majlis, Pengarah dan Ketua Bahagian dalaman MPT, kakitangan MPT, pengusaha premis makanan dan turut disertai juga oleh orang awam yang berkunjung di kawasan tersebut semasa program sedang dijalankan.
 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebagai tulang belakang kepada penganjuran Kempen Kesihatan Persekitaran bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak tahun 2021 lagi. Semenjak itu, kempen ini dijadikan program tahunan kementerian dan berjaya mencipta banyak kejayaan bagi PBT.
 
Objek utama kempen ini diadakan:
1. Mengekalkan tahap kebersihan premis makanan terutama di kawasan medan selera.
2. Memupuk budaya kesihatan persekitaran yang bersih sejajar dengan matlamat pembangunan lestari atau sustainable Development Golds (SDG).
3. Mewujudkan kesedaran dalam masyarakat terutama pengendali makanan berkaitan penyakit yang berpunca dari bawaan makanan.
4. Untuk mengubah tingkah laku pengendali makanan tentang kepentingan aspek-aspek kebersihan premis makanan.
Selain dari itu juga pihak MPT dengan kerjasama agensi-agensi lain sentiasa memantau secara berjadual bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan sentiasa bersih dan menjadi amalan kepada pengendali supaya ianya berterusan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA