MENU
OPERASI SKUAD TASKFORCE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
28 April 2022 (Khamis) - Skuad Taskforce Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya melaksanakan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di dalam kawasan taman perumahan. Pembersihan sisa pokok tersebut melibatkan tiga lokasi yang menghalang laluan awam akibat hujan lebat dan bencana ribut melanda bandar Temerloh petang semalam. Lokasi tersebut adalah di Taman Bahagia Makmur, Taman Cempaka dan laluan FT 87 Jalan Temerloh Mentakab berhadapan Kuil Hindu.
 
Sebanyak empat batang pokok tumbang dapat diselesaikan. Tahniah dan terima kasih kepada Skuad Taskforce MPT kerana bertindak pantas.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.