MENU
OPERASI PENJUAL JERUK DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN BAHAGIA, TEMERLOH
 
9 Ogos 2024 (Jumaat) – Semalam Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Operasi terhadap penjual jeruk di persimpangan Lampu Isyarat Jalan Bahagia, Temerloh.
 
Di dalam operasi semalam, Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, MPT telah merampas 67 balang mengandungi jeruk jenis Mangga Asam Boi dan 1 tong bekas simpanan. Operasi ini melibatkan 5 orang kakitangan Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan,MPT yang diketuai oleh En. Kamaruzaman bin Abu Bakar, Pembantu Penguatkuasa Kanan dan 2 orang kakitangan Jabatan Pelesenan,MPT.
 
Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di daerah ini diminta menghentikan kegiatan itu kerana ia merupakan satu kesalahan. Aktiviti berniaga seperti itu perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini kerana membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya. Tindakan saman boleh dikenakan mengikut Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 yang jelas menyatakan bahawa tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA