MENU
OPERASI BERSEPADU BERSAMA PEJABAT VATERINAR TEMERLOH
 
16 Oktober 2023 (Isnin) – Pada 13 Oktober 2023, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti, Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia dan Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Temerloh bersama pejabat Veterinar Temerloh telah menjalankan Operasi Bersepadu terhadap pengusaha ternakan ayam dan itik susulan aduan berhubung lalat dan bau busuk.
 
Majlis Perbandaran Temerloh mengingatkan kepada semua pengusaha ternakan ayam dan itik supaya menitikberatkan kebersihan terutama persekitaran kawasan ternakan supaya mengelakkan kacau ganggu seperti lalat dan bau busuk kepada penduduk sekitar.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA