MENU
MPT TERIMA ANUGERAH BANDAR PALING MAMPAN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2023.
 
10 November 2023 (Jumaat) - Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima Anugerah Bandar Paling Mampan 2023 bersama 12 PBT lain di seluruh Malaysia yang melibatkan 153 PBT seluruh Malaysia yang menyertai MURNInet.
 
Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 yang berlangsung pada 9 November 2023 bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya.
 
Penganugerahan ini telah di terima oleh Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada warga kerja MPT dan semua penduduk Daerah Temerloh di atas kerjasama dalam menyokong dan membantu menjadikan Daerah Temerloh sebagai sebuah Bandar Mampan.Semoga status Bandar Mampan ini akan terus kekal untuk masa akan datang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA