MENU
MPT TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (2024-2026) PERINGKAT KEBANGSAAN
 
30 April 2024 (Selasa) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terus melakar kejayaan dengan menerima Anugerah Standard Pelancongan Asean Peringkat kebangsaan ‘ASEAN Clean Tourist City Standard (2024-2026)’. Pengiktirafan ini merupakan salah satu lagi kejayaan yang diterima oleh MPT selepas meraih pelbagai anugerah diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
 
Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh diiringi Pengarah Jabatan Kebudayaan, Warisan, Pelancongan Dan Warisan MPT, En. Ibnu Khattab bin Umar telah hadir menerima anugerah berkenaan di Majlis penganugerahan yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 29 April 2024 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mewakili YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
 
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga Temerloh atas usaha bersama menjaga dan mengekalkan kebersihan serta keindahan Bandar Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA