MENU
MPT MEMENANGI ANUGERAH PENTADBIRAN CEMERLANG (SEKTOR PERKHIDMATAN) DI MAJLIS ANUGERAH PAHANG 1ST 2022
 
30 Disember 2022 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh telah memenangi Emas - kategori Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Perkhidmatan) di Majlis Anugerah Pahang 1st 2022 yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kompleks Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuantan malam tadi.
 
Anugerah berprestij ini merupakan satu pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri kepada organisasi kerajaan meliputi jabatan, agensi, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan dan mempamerkan produktiviti serta kualiti pada tahap yang tinggi.
 
Tahniah diucapkan kepada wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh dan warga penduduk Daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.