MENU
MPT FC JUARA PIALA SUMBANGSIH LIGA TEMERLOH 2024
 
09 Julai 2024 (Selasa) – Syabas dan tahniah kepada pasukan MPT FC yang telah menjuarai Piala Sumbangsih Liga Temerloh 2024 yang telah diadakan pada 6 Julai 2024 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.
Pasukan MPT FC telah berjaya menewaskan pasukan ABTB United menerusi penentuan tendangan penalti 5-4 setelah terikat 3-3 pada masa sebenar perlawanan. Selaku juara, MPT FC membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta piala dan medal, manakala ABTB United selaku naib juara membawa pulang wang tu¬nai RM1,500 dan medal.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Khairur Rizal Bin Ramli Presiden Temerloh FA. Turut Hadir YH. Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Bin Mohamed Said Timbalan Presiden Temerloh FA, Tuan Hj. Suris Bin Mihat Naib Presiden 1 Temerloh FA, YH. Dato’ Kurnia Arjuna Akbar Bin Dato’ VV. Abu Naib Presiden 3 Temerloh FA, YH. Dato’ Ridzuan Bin Hazimin Penyelaras Dun Semantan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Daerah Temerloh Serta Barisan AJK Temerloh FA.
Tahniah diucapkan kepada pengurus, jurulatih dan para pemain MPT FC.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA