MENU
MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE DAERAH BESUT, TERENGGANU
 
3 Januari 2023 (Selasa) - Majlis Perbandaran Temerloh telah menghantar pasukan pasca banjir ke daerah Besut, Terengganu pada 29 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 bagi membantu pembersihan dikawasan terjejas akibat banjir.
 
Pasukan ini mempunyai kekuatan seramai 33 orang kakitangan yang diketuai oleh Encik Norhisham bin Abdul Hadi, Ketua Bahagian Kesihatan Persekitaran. Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan di beberapa lokasi; antaranya ialah Sekolah Kebangsaan La, Kawasan Rekreasi La Hot Spring, Kolam Air Panas Kg. La dan di sekitar kampung-kampung yang berhampiran.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.