MENU
MALAM APRESIASI KEGEMILANGAN, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2024
 
14 Jun 2024 (Jumaat) – Seramai 20 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 24 orang penerima Anugerah Khas Yang Dipertua, 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia dan 10 orang persara tahun 2024 telah diraikan dalam majlis Malam Apresiasi Kegemilangan Majlis Perbandaran Temerloh 2024 bertemakan Retro 70an pada 12 Jun 2024 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh. Turut disampaikan pada malam tersebut adalah Anugerah Jabatan Cemerlang, Anugerah Kepimpinan (Pegawai & Bukan Pegawai), Anugerah Personaliti Evergreen, Anugerah Personaliti Terbaik, Anugerah Khas Tokoh Inovasi 2023-2024 dan Anugerah Utama Tokoh Sukan Dan Budaya.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaakob, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang. Turut hadir, Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT serta warga MPT yang diraikan.
 
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti pegawai serta kakitangan MPT yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi dan dedikasi yang cemerlang sepanjang tahun 2023.
 
YB Setiausaha Kerajaan Pahang dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para penerima anugerah dan berharap pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi warga MPT untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi.
 
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih untuk segala sumbangan dan khidmat bakti semua warga kerja MPT yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang tahun 2023. Diharapkan agar penganugerahan ini akan menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja MPT untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat bagi merealisasikan matlamat menjadikan Temerloh sebagai sebuah bandar raya.
 
Tidak dilupakan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pesara-pesara atas segala keringat dan jasa bakti sepanjang berkhidmat bersama MPT. Selamat menempuh alam persaraan dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera.
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA