MENU
MAJLIS TAKLIMAT DAN UNDI TAPAK EKSPO AIDILFITRI TAHUN 2024
 
7 Mac 2024 (Khamis) – Pagi tadi, Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Taklimat dan Undi Tapak Ekspo Aidilfitri Tahun 2024 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh. Sebanyak 174 tapak untuk jualan pelbagai,26 tapak untuk jualan kuih raya,19 tapak untuk jualan makanan & minuman dan 16 tapak untuk jualan bunga api telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Temeroh pada tahun ini.
 
Sesi taklimat kepada peniaga Ekspo Aidilfitri telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Temerloh, Jabatan Kejuruteraan,MPT dan Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan,MPT bertujuan untuk memberi penerangan kepada peniaga Ekspo Aidilfitri supaya mematuhi segala syarat – syarat wajib yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA