MENU
MAJLIS PERJUMPAAN YANG DIPERTUA BERSAMA WARGA KERJA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
2 April 2024 (Selasa) – Semalam telah diadakan Majlis Perjumpaan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Suris bin Mihat bersama warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama Yang Dipertua bersama kakitangan MPT pada tahun 2024.
 
Dalam ucapan beliau, Tuan Yang Dipertua telah menyampaikan beberapa nasihat, teguran dan kata-kata semangat kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tuan Yang Dipertua juga menekankan betapa setiap kakitangan perlu ada Intergriti dalam diri masing-masing. Beliau juga turut menetapkan sasaran 50 inovasi yang perlu dipertandingkan oleh setiap jabatan dan bahagian bagi tahun 2024. Di akhir ucapan beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga kerja, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Pada majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan hari raya dari Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh Berhad (KOSITE), Kelab KESUMBA, Majlis Perbandaran Temerloh dan ANULAE Majlis Perbandaran Temerloh kepada warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA