MENU
MAJLIS PERASMIAN WAKAF ISTIRAHAT PENGHANTAR MAKANAN (FOOD RIDER) MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
20 Oktober 2023 (Jumaat) – Pagi tadi telah diadakan Majlis Perasmian Wakaf Istirahat Penghantar Makanan (Food Rider) Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Jalan Dato’ Awang Ngah, Temerloh. Pembinaan Wakaf Istirahat Penghantar Makanan (Food Rider) ini adalah kerjasama strategik secara Corporate Social Responsibility (CSR) antara Majlis Perbandaran Temerloh bersama Bank Rakyat dan merupakan kemudahan yang pertama di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang.
 
Majlis perasmian Wakaf Istirahat Penghantar Makanan (Food Rider) ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Penyelaras DUN Kuala Semantan merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh. Acara gimik perasmian dengan menandatangani plak perasmian oleh YH. Dato’ Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Penyelaras DUN Kuala Semantan merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh bersama Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dan seterusnya melepaskan burung merpati.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis,MPT, Pengarah-pengarah Jabatan/Bahagian,MPT, Pengurus Bank Rakyat, wakil management Grab Food Malaysia dan Food Panda Malaysia yang hadir menjayakan majlis perasmian ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA