MENU
MAJLIS PERASMIAN SIAM FOOD FESTIVAL TEMERLOH 2023
 
12 Oktober 2023 (Khamis) – Semalam telah diadakan Majlis Perasmian Siam Food Festival Temerloh 2023 bertempat di Dataran Temerloh. Festival yang telah bemula 5 Oktober 2023 ini menyediakan pelbagai jualan makanan halal daripada Malaysia & Thailand dengan 60 jenis menu makanan dan minuman.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir bersama Pengarah-pengarah Jabatan dan Bahagian, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Semoga dengan adanya festival seperti ini akan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong yang hadir ke Temerloh dan seterusnya menjana pendapatan ekonomi kepada penduduk daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA