MENU
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TEMERLOH 2035 (PENGGANTIAN)
 
06 September 2022 (Selasa) – Pagi ini telah berlangsung Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 (Penggantian) bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Turut hadir, Ketua Pengarah Plan Malaysia Ibu Pejabat, barisan Exco Negeri Pahang, ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan, negeri dan daerah.
 
Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 (Penggantian) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 1 September 2022 (Khamis) hingga 30 September 2022 (Jumaat). Semakan laporan ini boleh dibuat hari bekerja di lokasi berikut :-
 
1. Majlis Perbandaran Temerloh
2. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh
3. PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang)
 
Draf Rancangan Tempatan tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian dilaman sesawang berikut:
 
Semakan Atas Talian
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti)
2. Laman Web PLANMalaysia@Pahang
3. Laman Web Majlis Perbandaran Temerloh
Borang bantahan awam juga boleh diisi secara atas talian menerusi rangkaian Google Form tersebut :
 
Moh aokme! Kite same-same semok cadangan pembangunan tempat masing-masing weh!
Temerloh Di Hati Koi
 

 

 

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.