MENU
MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN SIAP KERJA MASJID KAMPUNG KUALA MAI, KUALA KRAU
 
7 Mac 2024 (Khamis) – Semalam telah diadakan Majlis Penyerahan Dokumen Siap Kerja Masjid Kampung Kuala Mai oleh JKR Negeri Pahang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Seterusnya PKNP menyerahkan masjid ini kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Masjid Kampung Kuala Mai juga telah mendapat kebenaran Solat Jumaat mulai 8 Mac 2024. Pembinaan Masjid ini bagi memenuhi keperluan penduduk Kampung Kuala Mai dan sekitarnya yang mampu menampung 200 jemaah.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Mai dan penduduk Kampung Kuala Mai.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA