MENU
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN DART TERTUTUP MPT PIALA YANG DIPERTUA, MPT
 
29 Jun 2024 (Sabtu) – Pada 27 Jun 2024, telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Tertutup MPT Piala Yang Dipertua, MPT bertempat di Pentas Utama, Dataran Temerloh.
Pasukan Dato Bahaman (Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan) telah berjaya menjuarai Kejohanan Dart Tertutup MPT Piala Yang Dipertua, MPT susulan kejayaan mereka menewaskan pasukan Dato’ Maharajalela (Jabatan Kejuruteraan) dalam perlawanan akhir. Bagi kategori Individu Expert telah dimenangi oleh En. Kamarulzaman , Naib Johan En. Shahriman dan tempat ketiga En. Rosli.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Setiausaha MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT dan pemain-pemain Dart, MPT.
Tahniah kepada darters-darters semua. Moga pengalaman dalam kejohanan ini dapat di bawa ke dalam kejohanan-kejohanan yang lain bagi menambah baik lagi skill-skill permainan seterusnya menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

 

 

 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA