MENU
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2024 DAN PEMENANG PERTANDINGAN TANDAS AWAM BERSIH, MENAWAN DAN WANGI (BMW)
 
27 Mac 2024 (Rabu) - Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 dan pemenang Pertandingan Tandas Awam Bersih, Menawan Dan Wangi (BMW) bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh pada 26 Mac 2024.
 
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Ia turut dihadiri oleh Setiausaha MPT, Ahli-Ahli Majlis MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT.
 
Pada tahun ini, pihak Majlis Perbandaran Temerloh telah menawarkan 100 hadiah-hadiah yang menarik iaitu 5 buah motorsikal dan 95 barangan elektrik dengan kos keseluruhan RM70,000 untuk dimenangi oleh warga Majlis Perbandaran Temerloh.
Bagi Pertandingan Tandas Awam Bersih, Menawan Dan Wangi (BMW) perinkat Majlis Perbandaran Temerloh pula sebanyak 139 tandas telah dipertandingan mengikut beberapa kategori iaitu Tandas Stesen Minyak, Tandas Rumah Ibadat (Masjid, Kuil, Tokong, Gereja) dan Tandas Restoran Bukan Francais. Dalam pertandingan tersebut sebanyak 11 tandas telah mendapat pengiktirafan lima(5) bintang manakala 28 tandas mendapat pengiktirafan empat(4) bintang.
 
Tandas awam yang bersih dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua. Sebagai pengguna tandas awam, kita perlu bersama-sama menggunakannya dengan bertanggungjawab dan jangan hanya berharap kepada pekerja pembersihan sahaja.
 
Tandas awam yang menepati ciri-ciri BMW pastinya mencerminkan budaya kita dan dapat memberikan imej yang baik terutama tandas-tandas di lokasi tumpuan pelancongan. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan tandas awam agar ia menepati ciri-ciri tandas BMW!
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA