MENU
MAJLIS PEMETERAIAN MEMORENDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAERAH TEMERLOH (PSTT) DAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (MPT)
 
31 Mei 2024 (Jumaat) – Semalam, telah diadakan Majlis Pemeteraian Memorendum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh (PSTT) dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bertempat di Seroja Homestay, Kampung Paya Luas Temerloh.
 
Objektif MoU adalah untuk meningkatkan kecemerlangan sukan sepak takraw di Daerah Temerloh dengan memertabatkan usahasama kedua-dua organisasi disamping menjadikan Daerah Temerloh sebagai Hab latihan dan kecemerlangan sukan sepak takraw terunggul di negeri Pahang mahupun Malaysia.
 
Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh (PSTT) diwakili oleh Tuan Haji Azril Rizal bin Mohd Sarit, Presiden Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh manakala Majlis Perbandaran Temerloh diwakili oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh (PSTT) diatas kerjasama ini dan berharap ianya dapat meningkatkan lagi mutu sukan sepak takraw dan membawa satu kejayaan kepada sukan sepak takraw di negeri Pahang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA