MENU
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022 PERINGKAT NEGERI PAHANG
 
15 Ogos 2022 (Isnin) – Semalam telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Semantan Walk, Temerloh.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, barisan Exco Negeri Pahang, YB Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, Timbalan Pengerusi JK Kerajaan Tempatan & Perumahan dan ketua-ketua jabatan daerah Temerloh.
 
Pada 13 Ogos 2022 telah diadakan juga Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2022 dan Kembara Merdeka KeluargaMalaysia 2022 Peringkat Daerah Temerloh bertempat di Warung Sup Utara, Pak Sako Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.