MENU
LAWATAN PENJURIAN PERTANDINGAN PENGIKTIRAFAN MEDAN SELERA BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2024
 
26 Ogos 2024 (Isnin) – Semalam satu Lawatan Panel Audit Penjurian Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2024 bertempat di Gerai Esplanade 1, Temerloh.
 
Lawatan 2 orang panel audit daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ts. Rahayu binti Abu Bakar dan Pn. Ramlah binti Mohd Jamal ke Gerai Esplanade 1, Temerloh disambut oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh bersama Setiausaha MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT.
 
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memastikan Medan Selera menyediakan makanan yang selamat dan mengekalkan persekitaran yang bersih kepada semua pengguna. TAHNIAH di ucapkan atas kerjasama pengusaha premis yang sentiasa memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik di sepanjang tempoh pertandingan.
 
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel audit daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas penilaian yang telah dilaksanakan. Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Temerloh juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi penilaian ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA