MENU

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang meluangkan masa di Bazaar Ramadhan Lurah Semantan.

16 April 2021 (Jumaat) - YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang meluangkan masa di Bazaar Ramadhan Lurah Semantan, Temerloh. (Tepi Sungai Pahang)
 
Turut hadir, Puan Jezlily binti Jamaluddin, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, ACP Mohd Yusri bin Othman, Ketua Polis Daerah Temerloh dan Ahli-Ahli Majlis.
Beliau turut memberi pesanan dan nasihat kepada para pengunjung agar terus patuh kepada SOP terutama pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial serta bersama-sama mengamalkan kehidupan norma baru.