MENU
Lawatan kerja Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Temerloh ke Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan pada 28-29 September 2020.
 
Kunjungan ini diketuai oleh Encik N. Mantaiya a/l Nachiappan, Pegawai Tadbir (Penguatkuasaan) bersama 10 orang Pembantu Penguatkuasa.
 
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan pendedahan bagi menangani masalah bunyi bising burung walit, gerai haram dan pedekatan yang diambil untuk mengatasi aduan awam. Selain itu, tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.
 
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 Januari 2021 - 1:59pm