MENU
LAWATAN BENCHMARKING PELAKSANAAN SISTEM My-PATIL DI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
 
19 November 2023 (Khamis) – Pada 06 November 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Manjung bagi mempelajari dan berkongsi pengalaman di dalam penggunaan Lesen Premis Digital MyPATIL yang mana ia digunakan untuk pembaharuan lesen dan lain-lain urusan perniagaan supaya menjadi lebih mudah, cepat dan selamat disamping dapat meningkatkan lagi pendapatan MPT.
 
Lawatan ini dihadiri seramai 9 orang pegawai yang terdiri dari Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan, Jabatan Lanskap, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Sistem Maklumat, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Manjung kerana sudi menerima kunjungan MPT dan berharap dengan lawatan ini ianya memberi manfaat kepada MPT bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dalam aspek tersebut disamping dapat mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA