MENU
LAPORAN PEMBENTANGAN PEMANTAUAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DI TEMPAT AWAM DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
19 Disember 2022 (Isnin) - Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Wilayah Tengah telah hadir ke Majlis Perbandaran Temerloh pada 15 Disember lalu.
 
Hasil pemantauan ini telah disampaikan oleh Munsyi Dewan, Encik Mohamad Asri bin Abdul Razak selaku Ketua Pemantau.
 
Laporan ini merupakan hasil pemantauan penggunaan bahasa yang telah dilaksanakan oleh DBP bersama Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Temerloh pada 29 hingga 31 Mac 2022.
 
Pemantauan ini melibatkan kawasan perniagaan, taman perumahan, jalan-jalan utama dan premis kerajaan. Laporan hasil pemantauan telah diserahkan kepada wakil Majlis Perbandaran Temerloh bagi tujuan pemantapan penggunaan bahasa kebangsaan dan paparan awam untuk rujukan masa akan datang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.